12 Februari 2014 - 20:30
Naim Abbas mengaku rancang keganasan

Salah seorang pengganas Lubnan paling berbahaya Naim Abbas telah merancang beberapa serangan yang disasarkan ke kawasan penduduk Syiah di Selatan Lubnan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut sumber keselamatan, Abbas merasa terkejut dan cuba melarikan diri apabila ditangkap. Namun pengganas ini akhirnya membuat beberapa pengakuan tentang kegiatannya.Surat khabar Lubnan, Assafir melaporkan siasatan awal menunjukkan Abbas telah menjadi dalang dalam serangan bom di Haret Hreik. Selain itu dia juga bertanggung jawab mematau operasi, merekrut pengembom berani mati dan bom kereta.Terrorist Naim AbbasDari pihaknya, Abbas mengaku telah merancang serangan berani mati di Qutaiba al-Satem, berhampiran pasaraya Wata al-Msaitbeh, Beirut.Dia turut membuat pengakuan tentang merekrut dan menyiapkan pengebom bunuh diri di dalam pengeboman di Choueifat. Selain itu seorang warga Syria yang tinggal di Tariq al-Jdideh telah dikirim untuk meledakkan bom di badannya di pemeriksaan polis Aramoun.Pihak keselamatan juga mendedahkan, Abbas merupakan dalang dalam pelancaran roket ke atas Bsaba dan Mar Mkhayel di Dahiyah.Siasatan rapi terhadap Abbas telah membongkar operasi pengeboman bunuh diri melalui sebuah kereta. Pihak berkuasa bertindak pantas menahan kenderaan tersebut dan pemandu yang bewarganegara Syria telah ditahan untuk siasatan lanjut.Naim AbbasBerita ABNA semalam melaporkan 3 wanita ditahan dalam kenderaan yang dipasang bom dalam sebuah operasi meletupkan kawasan penduduk awam.